Skip to main content

Dunia

Hamas kecam keputusan mahkamah UK kekalkan pengharaman Palestine Action

Police officers detain a demonstrator opposing the government's decision to ban Palestine Action as a terror organisation, following a Court of Appeal ruling on the lawfulness of proscribing the pro-Palestinian group under terrorism laws, outside the Royal Courts of Justice, in London, Britain, June 15, 2026. REUTERS/Chris J. Ratcliffe
Hamas turut menyifatkan tindakan berkenaan sebagai percubaan untuk membungkam suara yang mempertahankan hak kemanusiaan Palestin. -Gambar Reuters

GAZA: Kumpulan pejuang Hamas mengecam keputusan Mahkamah Rayuan United Kingdom (UK) yang mengekalkan pengharaman ke atas organisasi aktivis pro-Palestin, Palestine Action, dan menyifatkannya sebagai bermotifkan politik.

Dalam kenyataan rasmi, Hamas mendakwa keputusan itu dibuat di bawah tekanan kumpulan pro-Zionis antarabangsa, lapor Al Jazeera.

“Tujuannya adalah untuk menindas dan menakut-nakutkan usaha menyokong hak rakyat Palestin, selain menutup kritikan terhadap tindakan ketenteraan Israel di Gaza,” menurut kenyataan itu.

Hamas turut menyifatkan tindakan berkenaan sebagai percubaan untuk membungkam suara yang mempertahankan hak kemanusiaan Palestin.

Pada Isnin, Mahkamah Rayuan UK memutuskan bahawa langkah kerajaan menyenaraikan Palestine Action sebagai organisasi “pengganas” adalah sah di sisi undang-undang, sekali gus membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Keputusan tersebut menyusul selepas kerajaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada Februari lalu yang menyatakan pengharaman kumpulan itu di bawah Akta Keganasan 2000 sebagai tidak sah.

 

Must Watch Video

Advertisement