Skip to main content

Dunia

Gempa bumi magnitud 6.2 landa perairan selatan Itali

Gempa Bumi_earthquake.usgs
Gempa yang direkodkan pada kedalaman 247 kilometer (km) itu berlaku 38 km dari Cosenza di wilayah Calabria. -Gambar USGS

ROM: Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda perairan selatan Itali lewat Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Gempa yang direkodkan pada kedalaman 247 kilometer (km) itu berlaku 38 km dari Cosenza di wilayah Calabria.

Tiada laporan segera mengenai kematian, kecederaan atau kerosakan besar susulan gegaran itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement