Skip to main content

Dunia

Gelombang haba paksa Menara Eiffel, muzium di Paris tutup lebih awal

A sign informs visitors that the Eiffel Tower will close at 16:00 CEST today due to extreme temperatures during a heatwave in Paris, France, July 11, 2026. REUTERS/Tom Nicholson
Menara Eiffel di Paris mengumumkan ia akan ditutup pada 4 petang (1400 GMT) pada Sabtu dan Ahad susulan suhu yang meningkat mendadak. - REUTERS

PARIS: Menara Eiffel di Paris mengumumkan menerusi laman sesawang rasminya pada Sabtu bahawa ia akan ditutup pada 4 petang (1400 GMT) pada Sabtu dan Ahad susulan suhu yang meningkat mendadak, berbanding waktu operasi biasa sehingga 12.45 tengah malam (2245 GMT) keesokan harinya, lapor Xinhua.

Muzium Louvre dan Muzium Orsay di Paris turut memendekkan waktu operasinya. Muzium Louvre akan ditutup pada 4 petang sehingga 13 Julai, manakala Muzium Orsay akan ditutup pada 5 petang (1500 GMT) sehingga 15 Julai.

Menurut laporan media Perancis, kira-kira satu perempat daripada wilayah negara itu kini berada di bawah amaran merah susulan gelombang haba melampau.

Meteo-France meramalkan suhu maksimum di Paris mencecah 36 darjah Celsius pada Sabtu, manakala beberapa kawasan lain di negara itu dijangka merekodkan suhu antara 39 hingga 40 darjah Celsius. 

Gelombang haba semasa dijangka berterusan sehingga pertengahan minggu depan.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement