TEHRAN: Ketua perunding Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf menegaskan bahawa era perjanjian berat sebelah telah berakhir sekali gus memberi amaran agar semua pihak mengotakan janji atau berdepan padah.
"Era perjanjian berat sebelah sudah BERAKHIR. Kami telah katakan kepada anda: kotakan janji anda atau terima padahnya," kata beliau dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform X pada Ahad.
The era of one-sided deals is OVER. We told you: keep your word or pay the price. Reality is knocking. pic.twitter.com/B97ogCYGaj
— محمدباقر قالیباف | MB Ghalibaf (@mb_ghalibaf) July 12, 2026
Beliau turut menambah ringkas dalam hantaran tersebut dengan menyatakan bahawa realiti kini sedang menjelma.
Kenyataan Ghalibaf itu turut disertakan dengan sekeping imej Artikel 5 dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang berkaitan dengan pembukaan semula Selat Hormuz.
Imej berkenaan turut memberikan penekanan yang jelas pada frasa "Republik Islam Iran akan membuat pengaturan" menyentuh isu laluan strategik itu.
Peningkatan konflik terbaharu ini dicetuskan oleh perselisihan faham di antara pihak Amerika Syarikat (AS) dan Iran berhubung kawalan serta pengurusan laluan perkapalan di Selat Hormuz.
Situasi tegang berkenaan terus meruncing selepas Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengisytiharkan penutupan Selat Hormuz akibat campur tangan berterusan daripada pihak AS.