Skip to main content

Dunia

Bernie Sanders label Ben-Gvir penjenayah perang susulan kenyataan mengenai Lubnan

Rep. Bernie Sanders, I-Vt., speaks during an address marking New York City Mayor Zohran Mamdani first 100 days in office at the Knockdown Center, Sunday, April 12, 2026, in New York. (AP Photo/Andres Kudacki)
Sanders (foto) berkata kenyataan sedemikian bukan sesuatu yang lazim bagi seorang anggota kabinet sesebuah negara. -Gambar fail/AP

WASHINGTON: Senator Amerika Syarikat (AS), Bernie Sanders mengecam kenyataan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir yang menggesa serangan terhadap Lubnan, dan melabel menteri haluan kanan itu sebagai penjenayah perang.

Menerusi hantaran di platform X, Sanders berkata kenyataan sedemikian bukan sesuatu yang lazim bagi seorang anggota kabinet sesebuah negara.

 

 

"Ini bukan kenyataan biasa daripada ahli kabinet biasa bagi sebuah 'negara' utama," tulis Sanders.

Beliau turut menyifatkan kerajaan Israel sebagai rasis dan ekstremis, serta menegaskan rejim itu tidak sepatutnya menerima sebarang bantuan kewangan daripada AS.

"Kenyataan daripada Menteri Keselamatan Negara Israel, Ben-Gvir ini adalah kenyataan seorang penjenayah perang.

"Kerajaan Israel yang rasis dan pelampau ini tidak layak menerima satu sen pun sokongan daripada AS," tulisnya lagi.

Sebelum ini, Ben-Gvir mencetuskan kecaman antarabangsa selepas kenyataannya yang dilihat berunsur hasutan.

Dalam hantaran tersebut, Ben-Gvir mencetuskan kontroversi serta kecaman antarabangsa selepas memuat naik kenyataan berbaur hasutan yang berbunyi, "Bagi setiap titisan air mata ibu Israel, seribu ibu Lubnan mesti menangis. Seluruh Lubnan mesti dibakar!"

Kenyataan itu dibuat susulan kematian empat tentera Israel dalam pertempuran dengan Hezbollah di selatan Lubnan.

Tindakan menteri itu menggesa serangan diperhebat tanpa mengendahkan tekanan antarabangsa turut menerima bantahan meluas.

Antara yang mengkritik tindakan tersebut ialah Setiausaha Luar Britain, Yvette Cooper yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai mengerikan dan menjijikkan serta tidak wajar diungkapkan oleh seorang menteri dalam kerajaan.

Pandangan sama turut disuarakan personaliti media Barat, Jake Tapper dari CNN yang menyifatkannya sebagai rasis melampau, manakala Piers Morgan menuduh kenyataan itu berpotensi menghasut ke arah pembunuhan beramai-ramai atau genosid.

 

Must Watch Video

Advertisement