Skip to main content

Dunia

Ancaman Trump jejaskan rundingan damai AS-Iran di Geneva

Ali Bahreini
Ali Bahreini (foto) berkata amaran keras pemimpin AS itu memberi kesan serius terhadap proses diplomasi berkenaan. -Gambar fail

GENEVA: Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengeluarkan ancaman terbaharu dilapor menjejaskan kelancaran rundingan damai di antara AS dan Iran yang sedang berlangsung di Switzerland.

Memetik laporan Reuters, Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Ali Bahreini berkata amaran keras pemimpin AS itu memberi kesan serius terhadap proses diplomasi berkenaan.

Beliau berkata isu itu tercetus selepas Trump menerusi hantaran di platform Truth Social menuntut agar Tehran menghentikan tindakan pejuang proksinya di Lubnan, dipercayai merujuk kepada Hezbollah.

Trump turut memberi amaran AS akan melancarkan serangan sekiranya tuntutan itu tidak dipatuhi.

“Jika mereka tidak berbuat demikian, kita akan menyerang Iran dengan sangat keras sekali lagi, sama seperti yang kita lakukan minggu lepas, malah lebih keras,” katanya, yang tidak menghadiri rundingan tersebut.

Bagaimanapun, Bahreini menegaskan Iran akan terus meneruskan rundingan dengan AS selagi Washington bersedia untuk terlibat secara konstruktif.

Beliau berkata semua delegasi yang terlibat kini berusaha mencapai persetujuan terhadap setiap fasal Memorandum Persefahaman (MoU) sebelum beralih kepada perbincangan mengenai isu nuklear.

Perkembangan itu menunjukkan rundingan masih diteruskan meskipun berdepan tekanan susulan kenyataan keras Washington.

 

Must Watch Video

Advertisement