Skip to main content

Dunia

Amerika Syarikat belanja AS$37.5 bilion untuk perang Iran setakat ini - Setiausaha Pertahanan

Defense Secretary Pete Hegseth testifies at a Senate Appropriations Committee hearing, Tuesday, July 21, 2026, on Capitol Hill in Washington. (AP Photo/Jacquelyn Martin)
Menurut Hegseth, jumlah tersebut merangkumi sebahagian kos operasi ketenteraan yang dijangka terus ditanggung sehingga penghujung tahun fiskal semasa pada 30 September. - Foto AP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) telah membelanjakan kira-kira AS$37.5 bilion  bagi membiayai konflik dengan Iran setakat ini, menurut Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth.

Angka itu didedahkan ketika Hegseth memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Peruntukan Senat AS selepas ditanya Senator Demokrat, Dick Durbin, mengenai jumlah kos yang telah ditanggung Washington sepanjang konflik berkenaan.

Menurut Hegseth, jumlah tersebut merangkumi sebahagian kos operasi ketenteraan yang dijangka terus ditanggung sehingga penghujung tahun fiskal semasa pada 30 September.

Pendedahan itu merupakan kali pertama Pentagon mengumumkan secara terbuka bahawa kos perang berkenaan telah mencecah AS$37.5 bilion. 

Sebelum ini, anggaran yang dikemukakan pegawai pertahanan AS pada April lalu meletakkan kos konflik tersebut sekitar AS$25 bilion.

Dalam sesi pendengaran yang sama, Hegseth turut mempertahankan permohonan dana tambahan pentadbiran Presiden Donald Trump bagi menampung operasi ketenteraan yang sedang berlangsung, termasuk menggantikan aset dan kelengkapan yang telah digunakan sepanjang kempen ketenteraan itu.

Konflik yang bermula awal tahun ini terus memberi tekanan kepada perbelanjaan pertahanan AS ketika Washington meningkatkan operasi ketenteraan dan memperkukuh kehadiran tenteranya di rantau Asia Barat.

Perkembangan itu turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan ahli Kongres mengenai kos sebenar perang serta tempoh konflik berkenaan, ketika pentadbiran Trump berusaha mendapatkan peruntukan tambahan bagi menyokong operasi ketenteraan yang sedang dijalankan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement