Skip to main content

Dunia

12 maut dalam nahas pesawat di Missouri, AS

A man walks towards a Bates County Sheriff's Deputy's roadblock leading to Butler Memorial Airport after a plane carrying skydivers crashed in Butler, Missouri, U.S. June 14, 2026. REUTERS/Dave Kaup
Nahas berlaku berhampiran Lapangan Terbang Butler Memorial, kira-kira 65 batu (106 kilometer) di selatan Kansas City. - Gambar/ Reuters

NEW YORK: Sebuah pesawat terhempas di negeri Missouri, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, mengorbankan kesemua 12 orang di dalamnya, kata Peronda Lebuhraya Negeri Missouri dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Nahas berlaku berhampiran Lapangan Terbang Butler Memorial, kira-kira 65 batu (106 kilometer) di selatan Kansas City.

Anggota kecemasan mendapat panggilan sebuah pesawat terjatuh dan terbakar sekitar 11:30 pagi Ahad, kata sarjan Peronda Lebuhraya Missouri, Justin Ewing.

Pesawat itu membawa penerjun untuk terjun udara.

Tiada butiran lain setakat ini, kata Ewing. Menurut Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan pihaknya akan menyiasat kemalangan itu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement