Skip to main content

Malaysia

Penjawat awam elak bahasa tidak sopan, jauhi isu 3R - Nie Ching

KULAI, 13 Jun -- Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berucap pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu di Dataran Flat Cengal, Taman Putri, hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Teo Nie Ching berkata kenyataan yang menyentuh sensitiviti berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) juga perlu dielakkan pada setiap masa. -Foto fail/ Bernama

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan semua pihak, khususnya penjawat awam, supaya sentiasa menjaga tutur kata dan mengelakkan penggunaan bahasa tidak sopan dalam sebarang kenyataan dikeluarkan.

Menurutnya, kenyataan yang menyentuh sensitiviti berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) juga perlu dielakkan pada setiap masa.

“Nasihat untuk semua orang, janganlah guna pakai bahasa-bahasa yang tidak sopan dan kita elakkan semua isu-isu 3R.

"Bukan sahaja semasa berkempen tetapi sepanjang masa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Balancing Virality and Responsibility: Journalism Amid Speed, Trust and Impact – An Industry Dialogue, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan terhadap Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali, yang didakwa menggunakan bahasa kurang sesuai dalam satu kenyataan selepas memegang jawatan tersebut.

Bagaimanapun, Nie Ching memaklumkan beliau masih belum berkesempatan bertemu Mohd Hisyamuddin untuk menyampaikan teguran berhubung perkara itu.

Mohd Hisyamuddin dilantik sebagai Ketua Pengarah J-KOM pada 9 Jun lalu bagi menggantikan Datuk Ismail Yusop.

Must Watch Video

Advertisement