GERGASI perkhidmatan seru-pandu global, Uber, mengumumkan pengambilalihan dan penyatuan perniagaan dengan Delivery Hero menerusi urus niaga bernilai kira-kira RM60.3 bilion, lapor Amanz.
Langkah strategik itu menyaksikan Uber mengambil alih operasi Delivery Hero di 50 pasaran, termasuk jenama FoodPanda di Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura.
Selain FoodPanda, urus niaga berkenaan turut melibatkan beberapa jenama lain di bawah Delivery Hero termasuk Glovo, HungerStation, PedidosYa, Talabat dan Baedal Minjok.
Uber berkata penyatuan operasi itu akan membolehkan syarikat memperluaskan lagi perkhidmatan penghantaran kepada jutaan pengguna di seluruh dunia.
Menurut syarikat itu, kebajikan serta peluang menjana pendapatan untuk peniaga dan rakan penghantar akan terus dipelihara di bawah struktur baharu tersebut.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Uber akan mengekalkan ibu pejabat Delivery Hero di Jerman sehingga sekurang-kurangnya 2029 sebelum sebarang perubahan struktur dipertimbangkan.
Setakat ini, FoodPanda Malaysia masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pengambilalihan berkenaan.
Jenama dan operasi FoodPanda dijangka terus beroperasi seperti biasa sementara menunggu pengumuman lanjut daripada Uber.