Skip to main content

Bisnes

Pelaburan langsung asing Malaysia melonjak 41.2 peratus kepada RM65.9 bilion pada 2025 - DOSM

PUTRAJAYA, 1 Mei -- Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin ketika ditemubual Bernama di Kompleks C semalam.  Aplikasi 'OpenDOSM NextGen', platform yang menyediakan katalog data dan visualisasi kepada pengguna untuk menganalisis pelbagai jenis data, yang dilancarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 2023 membantu melonjakkan nama negara di persada antarabangsa dalam penilaian Inventori Data Terbuka (ODIN) 2024/25.  Mengatasi 198 negara dengan skor keseluruhan 90 serta skor keterbuka
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata prestasi cemerlang itu disokong oleh suntikan ekuiti daripada pelabur asing dan aliran masuk dalam instrumen hutang. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia pada 2025 melonjak 41.2 peratus kepada RM65.9 bilion daripada RM46.7 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata prestasi cemerlang itu disokong oleh suntikan ekuiti daripada pelabur asing dan aliran masuk dalam instrumen hutang.

“Ia mencerminkan keyakinan berterusan dalam kalangan pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia, kedudukan FDI terkumpul meningkat kepada RM1.087 trilion pada akhir 2025, merangkumi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 51.4 peratus pada 2024,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Pelaburan langsung Malaysia ke luar negara (DIA) mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM12.4 bilion pada 2025, menyederhana daripada RM35.5 bilion pada tahun sebelumnya, tambah DoSM.

Sehubungan itu, jumlah kedudukan DIA berada pada RM589.3 bilion pada akhir 2025, mewakili 29.1 peratus daripada KDNK, susut daripada 32.2 peratus pada 2024.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement