RAMALLAH: Seorang aktivis Palestin dilaporkan pengsan sejurus dibebaskan dari penjara Israel selepas ditahan lebih dua setengah tahun tanpa pertuduhan atau perbicaraan.
Menurut laporan Al Jazeera, aktivis berkenaan, Abdullah Shatat, dilihat rebah seketika ketika melangkah keluar dari pusat tahanan.
لحظة إغماء الأسير عبد الله شتات عقب الإفراج عنه من سجون الاحتلال بعد أكثر من عامين ونصف العام في الاعتقال الإداري#فيديو pic.twitter.com/TMjF8Q6gv5
— قناة الجزيرة (@AJArabic) June 23, 2026
Rakaman itu menunjukkan keadaannya yang lemah dan tidak bermaya, dipercayai akibat tekanan fizikal dan mental sepanjang tempoh penahanan.
Kumpulan pejuang hak asasi manusia serta aktivis dalam talian mengecam pihak berkuasa Israel atas dakwaan penderaan mental, penyeksaan fizikal dan kekurangan bekalan makanan terhadap Shatat.
Mereka mendakwa keadaan fizikal aktivis itu ketika dibebaskan menggambarkan kesan serius akibat layanan sepanjang berada dalam tahanan.
Bulan lalu, Amnesty International turut mengkritik sistem tahanan pentadbiran Israel yang membenarkan individu ditahan tanpa pertuduhan atau perbicaraan.
Menurut badan pemantau itu, amalan berkenaan menjadi sebahagian daripada struktur kawalan terhadap rakyat Palestin di wilayah diduduki.
Data Amnesty International menunjukkan lebih 9,000 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, kini masih ditahan dalam penjara Israel.
Dalam perkembangan berkaitan, satu siasatan khas oleh Al Jazeera sebelum ini turut memaparkan testimoni bekas tahanan yang mendakwa berlakunya salah laku sistematik, termasuk penyeksaan dan layanan tidak berperikemanusiaan di dalam penjara.