KUALA LUMPUR: Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung susulan peningkatan selama tiga sesi berturut-turut, penurunan itu didahului saham perbankan serta minyak dan gas.
Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.18 mata atau 0.36 peratus kepada 1,713.76 berbanding 1,719.94 semasa ditutup pada Selasa.
Indeks penanda aras itu dibuka 0.72 mata lebih tinggi pada 1,720.66 dan bergerak antara 1,712.88 dan 1,724.83 di sepanjang sesi dagangan.
Bagi pasaran keseluruhan, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 590 berbanding 475, manakala 604 kaunter tidak berubah, 1,034 kaunter tidak didagangkan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 4.07 bilion unit bernilai RM2.84 bilion daripada 3.52 bilion unit bernilai RM2.75 bilion pada Selasa.
Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata walaupun indeks utama lebih lemah, pasaran keseluruhan kekal positif apabila saham penjagaan kesihatan, pengguna dan perladangan menunjukkan prestasi lebih baik, mencerminkan keutamaan berterusan untuk sektor pertahanan dalam persekitaran ketidakpastian geopolitik yang memuncak.
Beliau berkata harga minyak meneruskan kenaikannya untuk sesi ketiga berturut-turut selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam serangan ketenteraan selanjutnya ke atas Iran, beberapa jam selepas AS menyambung semula sekatannya terhadap perkapalan Iran melalui Selat Hormuz, meningkatkan kebimbangan mengenai gangguan bekalan berpotensi berlaku.
“Di peringkat serantau, ekuiti Asia meningkat apabila dolar AS lebih lemah dan jangkaan semakin baik untuk tinjauan dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS menyokong minat risiko, terutamanya dalam saham semikonduktor dan berkaitan teknologi,” katanya kepada Bernama.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM10.96, CIMB berkurangan enam sen kepada RM7.71, Tenaga Nasional menguncup dua sen kepada RM14.38, manakala IHH Healthcare naik 17 sen kepada RM8.62, dan Public Bank tidak berubah pada RM5.05.
Bagi saham aktif, VS Industry menambah satu sen kepada 22 sen, HHRG, Dagang NeXchange dan PA Resources meningkat 1.5 sen masing-masing kepada 16.5 sen, 44.5 sen and 20 sen, Tanco tidak berubah pada 31.5 sen dan Ernest yang baru disenaraikan di Pasaran ACE susut 2.5 sen kepada 10.5 sen.
Kaunter paling untung menyaksikan Nestle naik RM1.50 kepada RM92.00, Malaysian Pacific Industries melonjak RM1.34 kepada RM45.74, Kluang Rubber menokok 35 sen kepada RM6.45, dan UMS Integration menambah 30 sen kepada RM8.31.
Antara kaunter rugi, Batu Kawan dan LPI Capital turun 38 sen masing-masing kepada RM21.32 dan RM15.00, Petronas Gas menguncup 26 sen kepada RM17.62, dan Petronas Chemicals merosot 21 sen kepada RM4.58.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas Syariah menambah 10.74 mata kepada 12,502.78, Indeks FBM 70 melonjak 88.76 mata kepada 17,885.78, Indeks FBM ACE meningkat 49.69 mata kepada 4,911.75, bagaimanapun Indeks FBM Emas turun 12.19 mata kepada 12,649.73, manakala Indeks FBM Top 100 susut 18.14 mata kepada 12,480.52.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 85.10 mata kepada 20,154.39, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 1.76 mata kepada 186.75, Indeks Tenaga susut 3.49 mata kepada 770.16, manakala Indeks Perladangan menokok 70.54 mata kepada 9,438.96.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.30 bilion unit bernilai RM2.50 bilion daripada 1.84 bilion unit bernilai RM2.45 bilion pada Selasa.
Jumlah dagangan waran susut kepada 1.04 bilion unit bernilai RM140.74 juta daripada berbanding 1.12 bilion unit bernilai RM135.26 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE pula melonjak kepada 721.97 juta unit bernilai RM193.18 juta daripada 557.33 juta unit bernilai RM162.70 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 156.02 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian (507.72 juta), pembinaan (75.73 juta), teknologi (291.65 juta), perkhidmatan kewangan (86.49 juta), hartanah (919.89 juta), perladangan (43.52 juta), amanah pelaburan hartanah (16.02 juta), dana tertutup (193,900), tenaga (92.99 juta), penjagaan kesihatan (42.33 juta), telekomunikasi dan media (19.59 juta), pengangkutan dan logistik (27.18 juta), utiliti (29.10 juta), dan amanah perniagaan (14,800).
-- BERNAMA