Skip to main content

Malaysia

Perkembangan Projek Air Perak-Pulau Pinang akan diumum dalam masa terdekat - Chow

GEORGE TOWN, 19 Mac — Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, telah mengemukakan senarai nama calon Yang Dipertua Negeri yang baharu kepada Pejabat Perdana Menteri setelah mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri bagi pertimbangan Yang di-Pertuan Agong.  Tempoh pelantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, yang bermula pada 1 Mei 2021, akan tamat pada 30 April tahun ini.  —fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Chow berkata buat masa ini, beliau tidak dapat mendedahkan butiran lanjut memandangkan perkara itu perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada Bursa Malaysia mengikut keperluan syarikat tersenarai. - Gambar fail/Bernama

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Chow Kon Yeow meminta semua pihak menunggu pengumuman rasmi berhubung perkembangan perjanjian Projek Air Perak-Pulau Pinang yang dijangka dibuat dalam masa terdekat termasuk pemeteraian perjanjian tersebut.

Chow yang juga Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berkata buat masa ini, beliau tidak dapat mendedahkan butiran lanjut memandangkan perkara itu perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada Bursa Malaysia mengikut keperluan syarikat tersenarai.

“PBA Holdings Bhd (PBAHB) ialah sebuah syarikat tersenarai, jadi kami perlu memaklumkan kepada Bursa Malaysia mengenai perkara yang berlaku. Ia prosedur biasa bagi syarikat tersenarai jika berlaku perubahan besar dalam perniagaan, kita perlu memaklumkannya kepada Bursa,” katanya pada sidang media di Komtar, di sini hari ini.

Chow mengulas kenyataan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad bahawa pemeteraian perjanjian pembekalan air mentah antara kedua-dua negeri ditangguhkan sementara selepas pihak Pulau Pinang meminta lebih masa untuk meneliti beberapa perkara berkaitan.

Projek Air Perak-Pulau Pinang merupakan inisiatif strategik berskala mega yang melibatkan pemindahan air mentah dan air terawat bagi menampung permintaan air di utara Semenanjung selain bermatlamat untuk menyokong keperluan domestik serta perindustrian di Pulau Pinang.

Dalam perkembangan lain, Chow berkata projek pembangunan di Taman Manggis, Jalan Burma di sini yang tertangguh sejak 2020 akan disambung semula tanpa sebarang perubahan terhadap pelan asal, dengan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula secepat mungkin.

Beliau berkata kerajaan negeri dimaklumkan mengenai perkembangan itu dalam satu pertemuan bersama pihak pemaju Kuala Lumpur International Dental Care Sdn Bhd (KLIDC) pada 8 Julai lepas.

"KLIDC telah memperoleh kelulusan Pelan Bangunan dan Kebenaran Memulakan Kerja (COW) daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kelulusan yang diperoleh berdasarkan kebenaran merancang yang diluluskan pada 19 Mac 2019.

"Kerja-kerja di tapak telah dimulakan pada 2020, namun tergendala untuk suatu tempoh panjang ekoran pelbagai kekangan termasuk gangguan terhadap rantaian bekalan bahan binaan, kekurangan tenaga kerja, peningkatan kos pembinaan serta cabaran dari aspek pembiayaan dan aliran tunai projek," katanya.

Chow berkata projek pembangunan bercampur setinggi 21 tingkat itu merangkumi hospital, hotel, tempat letak kereta mekanikal serta kemudahan sokongan lain, selaras dengan syarat Permintaan Cadangan (RFP) yang diluluskan pada 2019.

Sebelum ini, Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Pulau Pinang Oh Tong Keong meminta penjelasan kerajaan negeri berhubung status tanah berkenaan yang didakwanya masih terbiar dan gagal dibangunkan.

-- BERNAMA 

Must Watch Video

Advertisement