Tang Jie-Ee Wei dinobat Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan
Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan sempena Anugerah Sukan Negara 2025 yang berlangsung pada Selasa.
Pengiktirafan itu turut mencipta sejarah apabila mereka menjadi pasangan beregu campuran pertama merangkul anugerah berprestij berkenaan.