Seorang lelaki berusia 37 tahun yang dilaporkan hilang ditemui maut di kawasan hutan berhampiran Jalan Sutera, Taman Perling. Kehilangan mangsa mencetuskan kebimbangan selepas kesan darah ditemui di rumahnya, sebelum operasi mencari dan menyelamat membawa kepada penemuan jasad mangsa. Kes kini masih dalam siasatan pihak polis.