Kerajaan tanggung hutang Felda hampir RM1 bilion setahun - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kerajaan Persekutuan kini menanggung beban hutang Felda yang mencecah hampir RM1 bilion setahun akibat kelemahan pengurusan terdahulu. Beliau menegaskan langkah itu penting bagi memastikan kebajikan peneroka terus terpelihara, sambil menyuarakan keyakinan terhadap potensi Johor sebagai hab ekonomi serantau menerusi pelaksanaan JS-SEZ.