Pasukan bomba Sepanyol meneruskan operasi mengawal kebakaran hutan berhampiran Almocaizar selepas siri kebakaran besar melanda selatan negara itu dan mengorbankan 12 nyawa. Kebakaran yang merebak pantas sejak Khamis lalu memusnahkan lebih 6,000 hektar kawasan, manakala penduduk terjejas masih menunggu kebenaran untuk kembali ke kediaman masing-masing.