JS-SEZ: Perbezaan nilai mata wang tidak kurangkan potensi Johor menarik bakat - Hasni
Penasihat Ekonomi dan Pelaburan Negeri Johor yang juga Pengerusi Pusat Kemampanan Johor, Datuk Seri Utama Ir. Hasni Mohammad berkata perbezaan nilai mata wang Malaysia dan Singapura tidak mengurangkan potensi Johor untuk menarik bakat berkualiti. Jelasnya, kerajaan negeri bertindak melahirkan bakat yang diperlukan industri dan syarikat-syarikat telah menunjukkan kesediaan untuk menawarkan gaji permulaan yang tinggi kepada bakat-bakat tersebut.