Dulu ada aura 'Bossku', kini BN tidak boleh terlalu selesa
Barisan Nasional (BN) tidak boleh terlalu yakin untuk mengekalkan dominasi seperti yang dicapai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022.
Ketua Penyelidik Ilham Centre, Mohd Yusri Ibrahim berpandangan, suasana politik semasa sudah banyak berubah dengan tiada lagi fenomena 'Bossku" yang menjadi pemangkin sokongan kuat kepada BN.