Skip to main content

Teknologi

Galaxy Z Series baharu bawa evolusi reka bentuk

Samsung Galaxy Z, credit: Samsung Malaysia Electronics
Samsung Malaysia Electronics melancarkan Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8, Galaxy Z Flip8, Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2. - Foto Samsung Malaysia Electronics

KUALA LUMPUR: Permintaan terhadap peranti yang lebih pintar, produktif dan diperibadikan terus memacu inovasi dalam industri teknologi.

Seiring perkembangan itu, Samsung Malaysia Electronics melancarkan Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8, Galaxy Z Flip8, Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 yang menggabungkan kecerdasan buatan (AI), produktiviti serta pengalaman kesihatan dalam satu ekosistem.

Presiden Samsung Malaysia Electronics, Charles Kim Chang Soo berkata, Galaxy Z Series generasi kelapan menawarkan tiga pengalaman berbeza menerusi Galaxy Z Fold8 Ultra untuk produktiviti maksimum, Galaxy Z Fold8 yang juga hadir dengan reka bentuk baharu mengetengahkan pengalaman kandungan lebih imersif diikuti Galaxy Z Flip8 yang mengutamakan ekspresi diri dan pengalaman AI.

"Dalam generasi kelapan Galaxy Z Series, kami memperkenalkan reka bentuk baharu yang direka untuk memberikan pengalaman kandungan yang lebih imersif kepada pengguna.

“Galaxy Z Fold8 ialah telefon boleh lipat kami yang paling maju dan paling nipis setakat ini, menampilkan paparan yang direka semula menggunakan teknologi Flex Titanium bagi meningkatkan ketahanan serta mengurangkan keterlihatan kesan lipatan skrin,” katanya pada majlis Pelancaran Galaxy Z Series, di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, Samsung turut memperluaskan ekosistem Galaxy menerusi Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 yang diperkasa AI serta Samsung Health bagi membantu pengguna memantau kesihatan dan kekal aktif sepanjang hari.

"Galaxy Watch9 menetapkan penanda aras baharu sebagai teman kesejahteraan harian. 

“Digandingkan dengan Samsung Health, jam ini secara pintar mewujudkan garis asas metrik kesihatan anda seperti tanda vital dan Skor Kesihatan, serta memberikan amaran secara proaktif.

“Galaxy Watch Ultra2 pula direka khusus untuk atlet, pengembara dan pencinta aktiviti luar,” tambahnya.

Image
Samsung Galaxy Z, credit: Samsung Malaysia Electronics
Pra-tempah Galaxy Z Series sekarang hingga 13 Ogos untuk menikmati naik taraf storan berganda pada harga diskaun 50 peratus, rebat eksklusif sehingga RM500 dengan kad bank terpilih, selain baucar tambahan dan penjimatan menerusi penebusan Samsung Rewards Points, menjadikan jumlah keseluruhan penjimatan sehingga RM1,950. - Foto Samsung Malaysia Electronics

Sementara itu, Ketua Perniagaan Mobile eXperience, Samsung Malaysia Electronics, Matthew Ng berkata, pelanggan yang membuat pra-tempahan bukan sahaja menikmati penjimatan eksklusif, malah berpeluang mencuba pengalaman AI baharu yang disepadukan merentas telefon pintar dan peranti boleh pakai Galaxy.

"Pelanggan boleh membuat pra-tempahan Galaxy Z Series mulai sekarang hingga 13 Ogos untuk menikmati naik taraf storan berganda pada harga diskaun 50 peratus, rebat eksklusif sehingga RM500 dengan kad bank terpilih, selain baucar tambahan dan penjimatan menerusi penebusan Samsung Rewards Points, menjadikan jumlah keseluruhan penjimatan sehingga RM1,950,” jelasnya.

Matthew berkata, pembeli Galaxy Watch Ultra2 turut menerima Premium Adventure Pack, pelbagai rebat melebihi RM1,000 serta langganan Strava percuma selama dua bulan.

Galaxy Z Fold8 Ultra ditawarkan pada harga bermula RM8,099, Galaxy Z Fold8 daripada RM7,299, Galaxy Z Flip8 bermula RM5,399, manakala Galaxy Watch9 ditawarkan daripada RM1,499 dan Galaxy Watch Ultra2 pada harga RM3,399.

Image
Samsung Galaxy Z, credit: Samsung Malaysia Electronics
Galaxy Z Fold8 Ultra ditawarkan pada harga bermula RM8,099, Galaxy Z Fold8 daripada RM7,299, Galaxy Z Flip8 bermula RM5,399, manakala Galaxy Watch9 ditawarkan daripada RM1,499 dan Galaxy Watch Ultra2 pada harga RM3,399. - Foto Samsung Malaysia Electronics

Maklumat lanjut mengenai produk termasuk promosi pra-tempahan boleh didapati menerusi laman web rasmi Samsung Malaysia atau di Samsung Experience Stores di seluruh negara.

Must Watch Video

Advertisement