Skip to main content

Dunia

BRICS: Mohamad Hasan adakan pertemuan dua hala dengan Sergey Lavrov

NEW DELHI, 15 Mei -- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov sempena Mesyuarat Menteri- Menteri Luar BRICS hari ini.
Menurut Kementerian Luar Negeri, pertemuan itu memberi tumpuan kepada isu dua hala berkepentingan bersama selain pertukaran pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa. - Foto/ BERNAMA

NEW DELHI: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergey Lavrov di sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri BRICS di New Delhi pada Jumaat.

Menurut Kementerian Luar, pertemuan itu memberi tumpuan kepada isu dua hala berkepentingan bersama selain pertukaran pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa.

Ia merupakan antara siri pertemuan dua hala Mohamad sepanjang mesyuarat BRICS yang berlangsung selama dua hari di ibu negara India itu.

Malaysia menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri BRICS sebagai Negara Rakan BRICS dengan fokus memperkukuh kerjasama ekonomi, perdagangan, pelaburan serta reformasi tadbir urus global.

Terdahulu, Mohamad dalam kenyataan negara Malaysia pada sesi BRICS menegaskan blok itu semakin penting ketika dunia berdepan ketegangan geopolitik, gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan ekonomi global.

Beliau turut menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama dalam kalangan negara BRICS termasuk dalam bidang perdagangan, teknologi digital, pembangunan mampan dan keselamatan tenaga.

Mesyuarat BRICS kali ini berlangsung ketika konflik di Asia Barat terus membayangi ekonomi dunia termasuk pasaran tenaga dan perdagangan antarabangsa.

Must Watch Video