Skip to main content

Teknologi

Teknologi Referee View ubah pengalaman tonton Piala Dunia FIFA 2026

Teknologi Referee View Lenovo Dapat Sambutan Di Piala Dunia – Ubah Cara Menonton Bola Sepak
Penggunaannya di pentas Piala Dunia FIFA 2026 merupakan kali pertama teknologi berkenaan digunakan secara rasmi pada kejohanan tersebut. -Gambar Amanz

TEKNOLOGI Referee View kendalian Lenovo menerima sambutan positif pada Piala Dunia FIFA 2026, sekali gus mengubah cara penonton menyaksikan perlawanan bola sepak dengan lebih dekat, lapor Amanz.

Teknologi baharu itu menggunakan kamera ringan yang dipasang pada pengadil dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan (AI) Lenovo bagi memberikan sudut pandang secara langsung dari tengah padang, seolah-olah penonton berada dalam aksi permainan.

Penggunaannya di pentas Piala Dunia FIFA 2026 merupakan kali pertama teknologi berkenaan digunakan secara rasmi pada kejohanan tersebut.

Menurut data awal FIFA, Referee View dipaparkan secara purata tiga kali dalam setiap perlawanan dan disiarkan di lebih 220 wilayah penyiaran di seluruh dunia.

Penyiar menggunakan sudut pandang berkenaan untuk memaparkan detik-detik penting termasuk jaringan gol, keputusan penalti serta situasi kritikal yang berlaku di atas padang.

Walaupun digunakan secara terhad pada peringkat awal kejohanan, tayangan semula itu mula menarik perhatian penonton kerana membolehkan mereka menyaksikan aksi daripada perspektif pengadil sendiri.

Kemudahan itu bukan sahaja menambah pengalaman tontonan, malah membantu meningkatkan ketelusan dengan membolehkan penonton memahami bagaimana sesuatu keputusan dibuat dari sudut pandang pengadil.

 

Must Watch Video

Advertisement