Skip to main content

Sukan

Jaguh berbasikal Britain Mark Cavendish umum bersara hujung tahun ini

71684827617_MarkCavendish.jpg
JAGUH berbasikal Britain, Mark Cavendish mengumumkan bakal bersara daripada saingan profesional pada penghujung tahun ini.

Cavendish, yang meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-38 pada Ahad lalu, mengumumkan perkara berkenaan dalam satu sidang media sewaktu hari rehat perlumbaan Giro d'Italia semalam.

Dia berkata: "Saya sememangnya gemar berlumba di setiap kilometer perlumbaan ini setakat ini, jadi saya rasa ia adalah masa yang sempurna untuk mengatakan bahawa ini adalah Giro dโ€™Italia terakhir buat saya dan 2023 akan menjadi musim terakhir saya sebagai pelumba basikal profesional."
 


*Artikel disiarkan di Stadium Astro

Must Watch Video