CALON juara Piala Dunia 2026, England, difahamkan sudah menemukan semula peralatan dan barangan yang dicuri, sekali gus kembali fokus untuk persiapan menjelang perlawanan pembukaan Kumpulan L menentang Croatia Khamis depan.
Terdahulu, situasi tidak dijangka itu berlaku apabila segala kelengkapan sedang dihantar dari pangkalan latihan mereka di Florida ke Swope Soccer Village di Kansas City, Missouri, yang menjadi lokasi latihan rasmi pasukan sebelum aksi pembukaan kejohanan.
Antara barangan yang dilaporkan hilang termasuk beberapa pasang but milik pemain, peralatan latihan serta bola rasmi yang sepatutnya digunakan dalam sesi persiapan pasukan.
Lebih membimbangkan, beberapa but yang dicuri dipercayai milik pemain-pemain utama The Three Lions yang bakal menggalas harapan negara di pentas bola sepak terbesar dunia itu.
Datuk Bandar Kansas City, Quinton Lucas, mendesak pihak berkuasa supaya menjalankan tanggungjawab menyelesaikan kes rompakan tersebut dengan segera.
π¨ ππ₯πππππ‘π: Two men have been charged in connection with the theft of England's World Cup kit and equipment.
Mustafa Salik and Erfan Kamal have both been charged with receiving stolen property after around Β£18,000 worth of England gear was allegedly taken.
Ifβ¦ https://t.co/25YSnj5GmS pic.twitter.com/BsySHO3t9iβ Transfer News Live (@DeadlineDayLive) June 14, 2026
Namun, menurut sumber difahamkan beberapa peralatan sudah ditemui dengan penjaga gol, Dean Henderson, berkata ia tidak lagi menjadi isu besar buat semua.
"Saya rasa semua barang sudah kembali, jadi tiada masalah," katanya. -- Stadium Astro