Skip to main content

Sukan

Kejuaraan B-19 ASEAN: Pemain JDT dominasi senarai akhir 23 pemain ke Medan

Sumber: BERNAMA
Menurut FAM, rata-rata pemain dipilih ketua jurulatih Mohd Nafuzi Zain kali ini berusia dalam lingkungan 18 dan 19 tahun. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 pemain dari kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mendominasi senarai akhir 23 pemain bagi menggalas tugas skuad kebangsaan pada Kejuaraan Bawah-19 (B-19) ASEAN 2026 di Medan, Indonesia bermula 1 hingga 13 Jun 2026.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan daripada 15 pemain itu, lapan daripadanya adalah pemain JDT III manakala baki tujuh pemain lagi beraksi untuk JDT IV.

Menurut FAM, rata-rata pemain dipilih ketua jurulatih Mohd Nafuzi Zain kali ini berusia dalam lingkungan 18 dan 19 tahun manakala penyerang JDT IV Arayyan Hakeem Norizam menjadi pemain paling muda, iaitu berusia 17 tahun.

“Kejuaraan B-19 ASEAN 2026 yang berlangsung di tiga venue, iaitu Stadium Teladan, Stadium Madya 1 dan Stadium Utama Sumatera Utara disertai 11 pasukan, dengan tuan rumah yang juga juara bertahan Indonesia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Vietnam, Timor-Leste dan Myanmar.

“Kumpulan B menampilkan finalis edisi terdahulu, iaitu Thailand, Malaysia, Singapura dan Brunei manakala Kumpulan C dibarisi tiga pasukan - Australia, Kemboja dan Filipina,” menurut FAM.

 Malaysia, yang muncul juara dua kali pada edisi 2018 dan 2022 akan memulakan kempen berdepan Singapura pada 2 Jun disusuli aksi menentang Brunei (5 Jun) sebelum melengkapkan saingan kumpulan bertemu Thailand (8 Jun).

Hanya juara kumpulan dan pasukan tempat kedua terbaik mara ke separuh akhir.

Pada edisi terakhir pada 2024 di Surabaya, Indonesia, skuad B-19 kebangsaan yang ketika itu dibimbing Juan Torres Garrido menamatkan saingan di tempat keempat selepas tewas pada penentuan sepakan penalti kepada Australia.

Berikut senarai akhir 23 pemain yang bakal membawa cabaran Malaysia pada saingan Kejuaraan Bawah-19 (B-19) ASEAN 2026 di Medan, Indonesia bermula 1 hingga 13 Jun:

 

NoNamaPosisiUmurKelab
1.Ahmad Lutfil Hadi SahabudinTengah    19JDT III
2.Muhammad Arsyad Mohd Shamsul AswadiTengah19JDT III
3.Muhammad Arif Aiman Za'abaTengah19JDT III
4.Muhammad Ierfan Hafizan Muhammad HafizPertahanan 19JDT III
5.Faez Iqhwan Muhammad AzmiPenjaga gol19JDT III
6.Januwaar Ahmad Iskandar GopalPenjaga gol19JDT III
7.Abid Safaraz RozaidiPenyerang19JDT III
8.Izzuddin Afif NazarudinPenyerang18JDT III
9.Muhammad Amar Imran Uzaini AshadiPenyerang18JDT IV
10.Arayyan Hakeem NorizamPenyerang17JDT IV
11.Aisy Aqasha NoorazharPertahanan18JDT IV
12.Muhammad Ilhaam Azani Mohd AzaminTengah18JDT IV
13.Tengku Hasyri Shah Meerza Tengku HazmanTengah18JDT IV
14.Muhammad Naqif Firhad Mohd ShafarinTengah18JDT IV
15.Adam Hakimi Mohd ZakiPertahanan18JDT IV
16.Muhamad Irfan Aswad RoslanPertahanan19Selangor FC II
17.Muhammad Danial Hqzeiry Mohd AminTengah19Selangor FC B-20
18.Muhammad Airel Husainy YusoffPertahanan19Selangor FC B-20
19.Syazril Izwan ShairunizamPertahanan18Selangor FC B-18
20.Muhammad Adib RashidiPenyerang18Selangor FC B-18
21.Ahmad Zidan Ahmad FazlyPenjaga gol18Selangor FC B-18
22.Luka Jordy HodakTengah18NK Trnje FC
23.Pravinash RavindranTengah18MISC – Touchtronics FC

 

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement