Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 Mei 2026.

  1. Pengurusan haji terbaik dunia, Malaysia terima Anugerah Labbaitom kali kelima berturut-turut

    Pengiktirafan berprestij itu merupakan bukti kejayaan keseluruhan pengurusan musim haji tahun ini.

  2. Kerajaan MADANI tekad perkasa pembangunan Sabah, Sarawak - PM Anwar

    Anwar berkata, usaha itu juga bagi memastikan rakyat di kedua-dua negeri menikmati kehidupan yang lebih bermaruah.

  3. Pendaki hilang: Lapan anggota tambahan sertai operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

    Operasi itu masih diteruskan dengan penglibatan kira-kira 50 anggota daripada pelbagai agensi di lokasi kejadian.

  4. Kerajaan laksana langkah penjimatan ketat, dana dikembalikan kepada rakyat - PM Anwar

    Beliau berkata peruntukan bagi kementerian akan dipotong bagi perbelanjaan tidak perlu, namun pengecualian diberikan untuk sektor kritikal.

  5. Azam Baki fail saman fitnah terhadap Albert Tei Rabu ini

    Tindakan undang-undang itu diambil bagi memastikan fakta sebenar didedahkan kepada orang ramai selain mempertahankan nama baik beliau dan SPRM.

  6. Polis rakam keterangan MB Perlis, rampas senjata api berhubung video tular tembak lembu.

    Polis merakam keterangan Menteri Besar Perlis serta merampas senjata api berhubung video tular yang memaparkan beliau menembak seekor lembu.

  7. Malaysia mampu jadi "Kota Baca" dalam tempoh 20 tahun - Fadhlina

    Malaysia mampu menjadi sebuah “Kota Baca” dalam tempoh 20 tahun akan datang sekiranya agenda memartabatkan budaya ilmu terus diperkasa menerusi pelbagai inisiatif strategik, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

  8. Rombakan Pengarah Pilihan Raya PKR langkah strategik - AMK

    Pertukaran jawatan Pengarah Pilihan Raya PKR adalah sebahagian daripada rombakan strategik bagi memperkukuh jentera parti menjelang pilihan raya akan datang.

  9. Azeem Fahmi samai rekod kebangsaan, cipta sejarah layak final 100m NCAA

    Pelari pecut negara Muhammad Azeem Fahmi terus mencipta sensasi apabila menyamai rekod kebangsaan miliknya dengan catatan 10.09 saat (s), pada aksi suku akhir Kejohanan NCAA Track & Field East Regional di Amerika Syarikat, awal pagi tadi.

  10. Pendaki hilang: Rakaman kamera kesan Jaslinda bergerak menuju Kem Sukaneka

    Pendaki wanita yang dilaporkan hilang Jaslinda Saludin, 49, disahkan bergerak menuju ke Kem Sukaneka di Gunung Batu Putih dekat Tapah, berdasarkan petunjuk penting daripada rakaman kamera pengawasan hidupan liar yang diperoleh hari ini.

Must Watch Video

Advertisement