Skip to main content

Sukan

Badminton: 5 kali cubaan, kali pertama bermula dalam undian utama terus ke final!

Sumber: Faceebok/Shuttle Stars
Tian Yao akan berentap dalam perlawanan akhir menentang Alwi Farhan petang nanti. - Facebook Shuttle Stars

PENANTIAN paling berbaloi! Pemain berusia 22 tahun itu menewaskan dua gergasi dunia!

Inilah perseorangan lelaki meningkat naik China, Dong Tian Yao, yang mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Australia buat kali pertama.

Tahukah anda? Selepas menyertai lima kejohanan bertaraf super 500 sejak awal tahun ini sebagai kelayakan, ini merupakan debut Tian Yao dalam undian utama, sekali gus turut mara ke final dan mencatat pencapaian terbaik setakat musim ini.

Mampukah dia meraih kejuaraan yang bakal menjadi sejarah baru buat dirinya?

Seawal pusingan pertama, Tian Yao mencipta kejutan menumpaskan bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Anthony Sinisuka Ginting (Indonesia).

Selepas itu, bintang ranking keenam dunia, Chou Tien-chen (Chinese Taipei), menjadi mangsanya apabila bertempur dalam aksi rubber set sebelum menuju ke suku akhir.

 

 

Pada pertemuan suku akhir, Tian Yao menewaskan Ng Ka Long Angus (Hong Kong) dalam straight set untuk mara ke peringkat seterusnya. 

Tian Yao yang menduduki carta ke-73 dunia itu akan berentap dalam perlawanan akhir menentang satu lagi wakil Indonesia, Alwi Farhan, petang nanti.


 

 

Must Watch Video

Advertisement