Skip to main content

Malaysia

Jun Hao kejutkan Naraoka di Terbuka Indonesia

HORSENS (Denmark), May 1 -- Malaysia men’s singles player Leong Jun Hao in action against world number one Shi Yu Qi of China during their quarter-final match at the BWF Thomas and Uber Cup Finals 2026 at Forum Horsens today.  Jun Hao loses 10-21, 21-16, 21-9.  -- fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Kemenangan itu juga menyaksikan Jun Hao meraih kemenangan kelima ke atas Naraoka daripada tujuh pertemuan sepanjang karier mereka. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao mencipta kejutan apabila menewaskan pemain nombor 11 dunia dari Jepun, Kodai Naraoka pada pusingan pertama Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.

Pemain ranking ke-27 dunia itu mencatat kemenangan straight set 21-17, 21-17 dalam tempoh 50 minit sekali gus mara ke pusingan kedua kejohanan berprestij Super 1000 berkenaan.

Kemenangan itu juga menyaksikan Jun Hao meraih kemenangan kelima ke atas Naraoka daripada tujuh pertemuan sepanjang karier mereka.

Jun Hao kini bakal berdepan cabaran lebih getir pada pusingan kedua apabila dijadual menentang sama ada pilihan ketiga kejohanan dari Denmark, Anders Antonsen, atau pemain Perancis, Alex Lanier, bagi merebut tempat ke suku akhir.

Sementara itu, Malaysia turut menerima khabar gembira dalam acara beregu lelaki apabila pasangan nombor lapan dunia Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil Singapura, Wesley Koh Eng Keat-Junsuke Kubo.

Pasangan profesional negara itu mencatat kemenangan 21-17, 21-16 dan bakal bertemu sama ada gandingan England, Ben Lane-Sean Vendy, atau pasangan Jepun, Takumi Nomura-Yuichi Shimogami, pada pusingan kedua.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong apabila tersingkir seawal pusingan pertama selepas tewas 18-21, 10-21 kepada pasangan India, Hariharan Amsakarunan-M Arjun.

Turut mengalami penyingkiran awal ialah beregu campuran negara Jimmy Wong-Cheng Su Yin selepas tewas 19-21, 18-21 kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, dalam perlawanan yang berlangsung selama 45 minit.

Aksi pusingan pertama akan diteruskan esok dengan beberapa lagi wakil negara dijadual memulakan cabaran, termasuk beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, serta pasangan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement