Skip to main content

Dunia

Piala Dunia: Trump sanjung FIFA, puji kejayaan penganjuran kali ini

President Donald Trump, left, and FIFA President Gianni Infantino watch confetti fall at the conclusion of the World Cup championship final soccer match between Spain and Argentina in East Rutherford, N.J., Sunday, July 19, 2026. (AP Photo/Jacquelyn Martin)
Trump yang hadir bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino, turut menyampaikan trofi kepada skuad Sepanyol selepas pasukan itu berjaya merangkul gelaran Piala Dunia buat kali kedua. Foto: AP

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan Piala Dunia 2026 sebagai antara acara paling hebat pernah dianjurkan selepas Sepanyol menewaskan Argentina 1-0 dalam aksi final yang berlangsung di MetLife Stadium.

Trump yang hadir bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino, turut menyampaikan trofi kepada skuad Sepanyol selepas pasukan itu berjaya merangkul gelaran Piala Dunia buat kali kedua.

Selepas kembali ke Washington, Trump berkata kejohanan itu bukan sahaja berlangsung dengan jayanya, malah turut menjadi platform untuk memperkenalkan Amerika Syarikat kepada masyarakat dunia.

“FIFA sangat luar biasa. Ini adalah antara acara terhebat yang pernah dianjurkan,” katanya kepada media.

Dalam aksi final tersebut, Sepanyol muncul juara selepas pemain gantian, Ferran Torres menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-106 masa tambahan.

Kejayaan itu menamatkan peluang Argentina untuk menjadi pasukan pertama sejak Brazil pada 1962 yang berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Dunia.

Mengulas kekalahan Argentina, Trump berkata kedua-dua pasukan menunjukkan prestasi baik, namun Sepanyol dilihat lebih berhak membawa pulang trofi.

“Saya tidak kecewa. Saya rasa kedua-dua pasukan bermain dengan baik. Saya fikir Sepanyol bermain lebih baik,” katanya.

Trump turut memaklumkan beliau telah menghubungi beberapa pegawai kerajaan Sepanyol termasuk Perdana Menteri negara itu bagi mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan berkenaan.

 

Must Watch Video

Advertisement