Skip to main content

Dunia

Piala Dunia 2026: Sepanyol mudah atasi Arab Saudi 4-0

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Group H - Spain v Saudi Arabia - Atlanta Stadium, Atlanta, Georgia, U.S. - June 21, 2026 Spain's Mikel Oyarzabal celebrates scoring their third goal REUTERS/Claudia Greco
Sepanyol kembali menemui sentuhan penyudah apabila membenam Arab Saudi 4-0 dalam aksi Kumpulan H Piala Dunia 2026 di Stadium Atlanta, awal pagi tadi. - Gambar Reuters

ATLANTA, AMERIKA SYARIKAT: Sepanyol kembali menemui sentuhan penyudah apabila membenam Arab Saudi 4-0 dalam aksi Kumpulan H Piala Dunia 2026 di Stadium Atlanta, awal pagi tadi. 

Skuad La Roja yang sebelum ini sekadar diikat Cape Verde, tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Lamine Yamal menyempurnakan hantaran Mikel Oyarzabal seawal minit ke-10. 

Oyarzabal kemudian tampil mencuri tumpuan apabila meledak dua gol dalam tempoh tiga minit untuk meletakkan Sepanyol selesa mendahului 3-0 sebelum tamat babak pertama. 

Arab Saudi terus bergelut mengimbangi rentak permainan lawan dan tekanan semakin memuncak apabila pertahanan mereka, Hassan Altambakti, tertampan bola ke gawang sendiri pada awal separuh masa kedua. 

Kemenangan itu menyaksikan Sepanyol mengumpul empat mata selepas dua perlawanan, manakala Arab Saudi kekal dengan satu mata. 

Sementara itu, dua lagi pasukan dalam Kumpulan H, Cape Verde dan Uruguay, dijadual bertemu dalam satu lagi aksi kumpulan di Miami pada jam 6 pagi ini. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement