Skip to main content

Dunia

Piala Dunia 2026: Brazil lepas geram ‘belasah’ Haiti 3-0

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Group C - Brazil v Haiti - Philadelphia Stadium, Philadelphia, Pennsylvania, U.S. - June 19, 2026 Brazil's Rayan in action with Haiti's Hannes Delcroix IMAGN IMAGES via Reuters/James Lang
Kemenangan itu meletakkan Brazil mengungguli carta Kumpulan C dengan empat mata diikuti Maghribi (4 mata), Scotland (3 mata) dan Haiti (tiada mata). - Gambar/ Reuters

BRAZIL menoktahkan kemenangan pertama dalam kempen Kumpulan C, Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Haiti 3-0 di Stadium Philadelphia, sebentar tadi.

Dua gol Matheus Cunha dalam babak pertama meletakkan Brazil mendahului 2-0 pada minit ke-29 dan ke-39.

Ketika kedua-dua pasukan sudah hampir masuk ke bilik persalinan, gerakan Vinicius yang bijak melepasi perangkap ofsaid memastikan Johny Placide buat kali ketiga dalam babak pertama untuk mendahului 3-0.

Masuk babak kedua pula menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi lebih seimbang, meskipun terdapat beberapa cubaan berbahaya namun tidak dapat menoktahkan dengan tambahan jaringan.

Kemenangan itu secara tidak langsung meletakkan Brazil mengungguli carta Kumpulan C dengan empat mata diikuti Maghribi (4 mata), Scotland (3 mata) dan Haiti (tiada mata). - Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement