Skip to main content

Dunia

Kualiti udara tidak sihat di New York menjelang final Piala Dunia

Wildfire smoke from Canada and the Great Lakes region turned skies hazy over Manhattan and much of the Northeast, prompting air quality alerts. New York City officials warned of possibly deteriorating air quality through Wednesday, July 15, urging caution for people with health conditions sensitive to pollution
Keadaan udara tidak sihat di New York berlaku disebabkan oleh asap daripada kebakaran hutan Kanada dan suhu tinggi di rantau berkenaan. - Gambar/ Reuters

ATLANTA: Kerajaan New York mengeluarkan amaran pada Rabu mengenai "keadaan udara tidak sihat" di seluruh negeri itu menjelang perlawanan akhir Piala Dunia antara Sepanyol dan Argentina pada Ahad, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Perlawanan akan berlangsung di East Rutherford, terletak di luar New York City.

Keadaan itu disebabkan oleh asap daripada kebakaran hutan Kanada dan suhu tinggi di rantau ini.

Dalam satu kenyataan, kerajaan meminta rakyat untuk "mengelak menghabiskan masa di luar rumah jika boleh," manakala "kumpulan sensitif harus mengambil langkah berhati-hati.

Ia menambah kerajaan menyediakan lebih 100,000 topeng pelindung kepada daerah yang memerlukan untuk menangani kesan kualiti udara.

"Dengan asap daripada kebakaran hutan Kanada sekali lagi menjejaskan kualiti udara di seluruh negeri kami, kami menggesa warga New York untuk mengambil tahu tentang kualiti udara dan berwaspada minggu ini," kata Gabenor Kathy Hochul.

Tidak jelas sama ada situasi itu boleh memberikan kesan kepada perlawanan akhir Piala Dunia.

Pihak berkuasa juga telah mengeluarkan amaran "kod merah" kerana gelombang haba dan suhu boleh meningkat sehingga 40 darjah Celsius.

-- BERNAMA-dpa 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement