KUALA LUMPUR: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan diumumkan pada Selasa.
Majlis pengumuman calon itu dijadualkan pada 7.30 malam di Kuala Pilah.
Senarai penuh calon PH dijangka akan diumumkan oleh Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada 13 Jun lepas, Pengerusi PH Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pembahagian 36 kerusi DUN Negeri Sembilan menyaksikan PKR bertanding di 16 kerusi, DAP (11) dan Amanah (sembilan).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos, manakala hari penamaan calon pada 18 Julai dan pengundian awal pada 28 Julai.