KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan senarai calonnya minggu ini bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tidak lama lagi.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpandangan situasi di Negeri Sembilan mempunyai keunikan tersendiri dan perlu ditangani mengikut keadaan semasa.
“Ini bukan sekadar soal calon namun jumlah kerusi dan demografi kependudukan juga berbeza… maka formula harus disesuaikan dengan situasi politik di Negeri Sembilan,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Majlis Amanat Bersama Kontinjen TVET@KKDW Ke Worldskills Shanghai 2026 di sini hari ini.
Sebelum ini Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan berkuat kuasa 5 Jun.
Menurut Aminuddin, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Pada PRN Negeri Sembilan 2023, BN memenangi 14 daripada 36 kerusi DUN manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh 17 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) lima kerusi.