Skip to main content

Politik

Parti Wawasan Negara sah jadi anggota PN - Takiyuddin

logo Perikatan Nasiona
Takiyuddin berkata parti itu secara sah menjadi parti anggota gabungan itu mulai tarikh sama berdasarkan peruntukan Fasal 6.5 Perlembagaan PN. - gambar fail

KUALA LUMPUR: Parti Wawasan Negara secara rasmi menjadi parti anggota Perikatan Nasional (PN) selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan pertukaran nama Parti Cinta Malaysia (PCM) kepada Parti Wawasan Negara pada 6 Julai lepas.

Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata parti itu secara sah menjadi parti anggota gabungan itu mulai tarikh sama berdasarkan peruntukan Fasal 6.5 Perlembagaan PN.

“PN menerima pemakluman bahawa pihak RoS telah meluluskan permohonan pertukaran nama PCM kepada Parti Wawasan Negara (Wawasan Negara) pada 6 Julai 2026.

“Sehubungan dengan itu, Parti Wawasan Negara (Wawasan Negara) secara sah menjadi parti anggota PN atas namanya mulai tarikh tersebut berdasarkan peruntukan Fasal 6.5, Perlembagaan PN,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan penubuhan Parti Wawasan Negara.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement