Skip to main content
Advertisement

Politik

Hamzah dilantik Presiden, Rais Yatim Pengerusi WAWASAN

https://www.sinarharian.com.my/article/784657/berita/politik/hamzah-jadi-presiden-rais-yatim-rahim-thamby-chik-antara-pimpinan-wawasan
Parti Wawasan Negara (WAWASAN) mengumumkan barisan kepimpinan pusatnya dengan Pengasas Gerakan RESET, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilantik sebagai Presiden.

SHAH ALAM: Parti Wawasan Negara (WAWASAN) mengumumkan barisan kepimpinan pusatnya dengan Pengasas Gerakan RESET, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilantik sebagai Presiden.

Barisan kepimpinan itu menggabungkan tokoh politik veteran, bekas menteri, Ahli Parlimen serta golongan profesional daripada pelbagai latar belakang.

Berdasarkan senarai lantikan, jawatan Pengerusi disandang tokoh politik veteran yang juga bekas menteri, iaitu Tan Sri Rais Yatim.

Timbalan Presiden pula disandang oleh bekas Ketua Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Datuk Tan Lek Khang.

Naib Presiden partinya ialah bekas Pengerusi Bersatu Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, selain Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan bekas Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon.

Turut tersenarai dalam portfolio sama ialah Datuk Mohd Omar Mustapha dan Datuk Huan Cheng Guan.

Dalam pada itu, dua bekas pemimpin Bersatu yang dipecat sebelum ini, iaitu Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilantik sebagai Setiausaha Agung, manakala Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad sebagai Ketua Penerangan.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif disandang oleh Mohd Badrul Ezan Mohd Yusof dan Bendahari Agung, Datuk Arifin Tobias. 

Wawasan turut mengumumkan pelantikan 25 Ahli Jawatankuasa (AJK), termasuk Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzair Ayob; bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Emeritus Tan Sri Ibrahim Shah Abu Shah dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan. - Sinar Harian

 

 

Must Watch Video

Advertisement