Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 Jun 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 Jun 2026.

1. Gempa bumi lemah magnitud 3.3 landa perairan Batu Pahat awal pagi ini

Satu kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 3.3 direkodkan berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada jam 1:17 pagi, hari ini.

2. Hasnul Zulkarnain kembali sertai Amanah

Selepas hampir enam tahun meninggalkan parti, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim kembali menyertai Amanah.

3. Isu gajah ke Jepun: “Saya tidak terlibat, itu hak SPRM untuk siasat” - Nik Nazmi

Bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dakwaan rasuah berhubung pemindahan tiga ekor gajah ke Jepun, malah menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan jika perlu.

4. Tentera Darat tangguh latihan bom tangan, siasatan insiden letupan disegerakan - Mohamed Khaled

Tentera Darat Malaysia telah menghentikan sementara semua latihan melibatkan penggunaan bom tangan susulan insiden letupan yang mengorbankan dua anggotanya semasa menjalani sesi latihan di Kem Hobart, Kedah, baru-baru ini.

5. PH akan umum calon PRN Johor di Bukit Gambir esok - Anwar

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri majlis pengumuman calon bagi Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 di Bukit Gambir, Tangkak, esok.

6. Speaker sahkan kedudukan Hamzah, tempat duduk Muhyiddin berubah

Johari mengesahkan menerima surat makluman berhubung kedudukan Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang.

7. Harga diesel bersubsidi seluruh negara turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai - PM

Langkah itu bertujuan memastikan semua rakyat negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak dapat menikmati manfaat yang sama.

8. PM Anwar seru rakyat pertahan semangat muafakat, tolak sentimen perkauman

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat pelbagai kaum untuk mempertahankan semangat muafakat dan tidak membiarkan sentimen perkauman dimainkan pemimpin tertentu melemahkan kekuatan negara.

9. Hamzah dilantik Presiden, Rais Yatim Pengerusi WAWASAN

Parti Wawasan Negara (WAWASAN) mengumumkan barisan kepimpinan pusatnya dengan Pengasas Gerakan RESET, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilantik sebagai Presiden.

10. Moto3: Hakim Danish juara GP Czechia

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, muncul juara GP Czechia di Litar Brno.

Must Watch Video

Advertisement