Skip to main content

Malaysia

Suspek kurung, liwat remaja di Bukit Kemuning, dituduh dalam masa terdekat

Shah Alam , 8 Mei 2026. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar  pada Sidang Media Ketua Polis Selangor Berhubung Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor di Mes Pegawai kanan Polis, IPK Selangor.Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Shazeli berkata arahan pertuduhan terhadap suspek berusia lingkungan 40-an itu telah diberikan oleh Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

SHAH ALAM: Lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes mengurung dan meliwat seorang remaja berusia 14 tahun dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning, Seksyen 32 di sini, akan dituduh dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata arahan pertuduhan terhadap suspek berusia lingkungan 40-an itu telah diberikan oleh Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Apabila pertuduhan dibuat, kita akan maklum kepada rakan-rakan media,” katanya pada sidang media di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Kontinjen Selangor hari ini.

Polis sebelum ini menahan suspek di sebuah bilik sewa sekitar Kuala Lumpur, pada 16 Mei lepas, selepas seorang remaja lelaki mendakwa dikurung, didera termasuk diliwat oleh lelaki itu di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning, 12 Mei lepas.

Siasatan awal polis mendapati suspek memperdaya mangsa dengan mengajak remaja itu berbual dengan menawarkan satu pakej internet telefon bimbit, dengan syarat mangsa membantu mengangkat barang dalam rumah suspek.

Suspek yang dibebaskan dari penjara pada April tahun lepas mempunyai rekod merogol, merompak dan mengurung seorang wanita dengan disabitkan kesalahan pada 2008. 

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video

Advertisement