Skip to main content

Malaysia

Ribut petir, hujan lebat diramal landa tujuh negeri hingga 9 malam

heavy rain on roof of wooden house, rainy season -- Adobe Stock Image
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 9 malam ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 9 malam ini.

Menerusi kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah melibatkan kawasan Sik dan Baling serta Perak membabitkan Hulu Perak dan Batang Padang.

Keadaan sama dijangka melanda Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang serta Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).

Di Johor kawasan terjejas ialah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak, cuaca buruk itu melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri dan Limbang.

Kawasan terlibat di Sabah pula ialah Pedalaman (Sipitang dan Tambunan), Pantai Barat (Tuaran dan Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Pitas).

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement