Skip to main content

Malaysia

PRN Johor: 38.64 peratus sudah mengundi awal setakat 10 pagi

JOHOR BAHRU, 7 Julai –- Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir bagi menunaikan tanggungjawab pada proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Dewan Dato Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.  Sebanyak 24,751 pengundi awal melibatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing layak mengundi di 64 pusat mengundi awal di seluruh negeri.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Anggota PDRM hadir bagi menunaikan tanggungjawab pada proses pengundian awal sempena PRN Johor ke-16 di Dewan Dato Onn, IPK Johor, Johor Bahru, hari ini. --fotoBERNAMA

JOHOR BAHRU: Sebanyak 38.64 peratus pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 10 pagi ini.

Berdasarkan data terkini yang dikongsikan di Facebook rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah tersebut mewakili 7,963 anggota tentera dan pasangan serta polis.

Sebanyak 64 pusat mengundi dibuka serentak pada 8 pagi tadi bagi membolehkan 20,607 pengundi berdaftar menjalankan amanah mereka hari ini.

Kesemua pusat mengundi itu akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 6 petang ini, bergantung pada lokasi dan jumlah pemilih berdaftar.

PRN Johor ke-16 menyaksikan 172 calon merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan pengundian bagi 2.7 juta pemilih ditetapkan pada Sabtu ini.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement