Skip to main content

Malaysia

Polis siasat laporan ugutan bunuh wartawan

41568067077_ChinSungChew.jpg
Polis sedang menyiasat laporan seorang wartawan wanita Berita Harian yang mendakwa beliau diugut bunuh menerusi emel baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Arifai Tarawe ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan daripada wartawan berkenaan, Ahad lalu.

โ€œSiasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan (membuat ugutan jenayah),โ€ katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Chin Sung Chew menuntut supaya polis menjalankan siasatan secepat mungkin terhadap tindakan mengugut bunuh wartawan tersebut.   

โ€œNUJ amat prihatin mengenai insiden ini dan akan terus memantau keselamatan wartawan,โ€ katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video