Skip to main content

Malaysia

PM Anwar akan rasmi ETcon26 hari ini, cerminkan komitmen Malaysia terhadap peralihan tenaga

KUALA LUMPUR, June 3 -- The Energy Transition Conference 2026 (ETCon26) in progress at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) today.  Organised by Tenaga Nasional Berhad (TNB), ETCon26 serves as a key platform for discussions on the energy transition agenda, bringing together national leaders, industry experts and stakeholders from around the world from June 3 to 5.  With the theme "Energy and AI: The Synergy for Energy Transition", the conference also serves as a strategic platform to strengthen regiona
PM Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucaptama khas beliau pada Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 9.50 pagi ini. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) hari ini, sekali gus memperlihatkan komitmen Malaysia untuk mempercepat agenda peralihan tenaga ke arah masa depan yang mampan.

Anwar dijadual menyampaikan ucaptama khas beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 9.50 pagi.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, ETCon26 mencerminkan visi MADANI dengan memacu kemajuan mampan, yang meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui nilai ihsan, inovasi, kemakmuran dan kepercayaan.

Persidangan yang berlangsung dari 3 hingga 5 Jun itu telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, semalam.

Persidangan utama oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) itu menghimpunkan pihak berkepentingan global bagi mempercepat pelaksanaan agenda peralihan tenaga negara, selain menjadi platform pertemuan pembuat dasar, pakar teknologi, pelabur, ahli akademik serta pihak industri dari lebih 60 negara, dengan 4,000 perwakilan menyertai sepanjang acara tiga hari itu.

Bertemakan “Energy & AI: The Synergy for Energy Transition” (Tenaga & AI : Sinergi Bagi Peralihan Tenaga) menumpukan tiga tonggak utama iaitu Energy for AI, AI for Energy dan Energy Transition (ET) for People (Tenaga bagi AI, AI untuk Tenaga dan Peralihan Tenaga (ET) untuk Rakyat) yang memaparkan kesalingbergantungan antara sistem tenaga dan teknologi digital.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement