Skip to main content

Malaysia

PGA rampas 400,000 batang rokok seludup bernilai RM813,000

PASIR MAS, 26 Nov -- Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain pada sidang media selepas meninjau paras kenaikan air Sungai Golok di Rantau Panjang susulan peningkatan mendadak sejak pagi tadi, ketika tinjauan hari ini.  Beliau turut meninjau pembinaan tembok kawad duri di sepanjang sempadan bagi memastikan keselamatan komuniti setempat serta memperkukuh kawalan ketika situasi banjir yang semakin tidak menentu.  Pemeriksaan itu dilakukan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota PGA dan memastikan
Ahmad Radzi berkata rampasan itu dilakukan hasil operasi Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA dengan bantuan JSJ IPD Kota Bharu. - Gambar fail/Bernama

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 400,000 batang rokok putih disyaki tidak bercukai bernilai RM813,000 serta menahan seorang lelaki dalam Ops Taring Alpha 1 di Kampung Pulau Panjang di sini, malam tadi.

Komander Briged Tenggara SAC Ahmad Radzi Hussain berkata rampasan itu dilakukan hasil operasi Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Beliau berkata dalam operasi kira-kira 9 malam itu, anggota PGA yang menjalankan rondaan di kawasan Kampung Pauh mengesan dua kenderaan iaitu sebuah Proton Exora dan Nissan Grand Livina dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekori kedua-duanya hingga Kampung Pulau Panjang.

“Sejurus kedua-dua kenderaan berhenti di bahu jalan, kedua-dua pemandu bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran. Bagaimanapun, seorang lelaki berusia 29 tahun berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan, manakala seorang lagi suspek berjaya meloloskan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas kedua-dua kenderaan menemukan 40 kotak besar mengandungi 400,000 batang rokok putih jenama SAAT disyaki tidak bercukai.

Katanya, siasatan turut mendapati kedua-dua kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu selepas semakan nombor casis melalui sistem MCAD Polis mendapati nombor pendaftaran yang dipasang tidak sepadan dengan nombor pendaftaran sebenar kenderaan.

Menurutnya, hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku rokok berkenaan untuk dihantar ke pasaran di Kuala Besut, Terengganu.

“Suspek juga mengaku mengambil kenderaan yang telah siap diisi dengan rokok di tepi jalan di Kampung Pauh sebelum dihantar ke destinasi diarahkan dengan menerima upah antara RM150 hingga RM200 bagi setiap penghantaran.

“Suspek mendakwa tidak mengenali identiti sebenar dalang kegiatan itu dan hanya berurusan melalui aplikasi komunikasi Buzz,” katanya.

Beliau berkata nilai keseluruhan rampasan termasuk dua kenderaan dianggarkan RM813,000, membabitkan 400,000 batang rokok bernilai RM748,000, sebuah Proton Exora bernilai RM35,000 dan sebuah Nissan Grand Livina bernilai RM30,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala tangkapan serta rampasan diserahkan kepada JSJ IPD Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement