Skip to main content

Malaysia

Penganggur dituduh bunuh rakan serumah

71599800178_Penganggur.jpg
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Kampar pada Jumaat atas tuduhan membunuh rakan serumah yang juga seorang bekas sami, bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada R Gunaselvam, 30, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa telah membunuh dengan menyebabkan kematian K Chalappan, 54, di Jalan Kampung Batu Puteh di sini antara jam 7 malam hingga 11.30 malam, 20 Ogos lalu.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Norashikin Hassanor dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
โ€จ
โ€จMahkamah kemudian menetapkan 13 November depan sebagai sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat, forensik dan kimia.

Must Watch Video