Skip to main content

Malaysia

Pemangku Sultan Johor, Onn Hafiz zahir ucapan Keputeraan Agong

[TB]_Hari Keputeraan_fb HRH Crown Prince of Johor
“Allah peliharakan Sultan. Daulat Tuanku” titah Tunku Mahkota Ismail ringkas dalam ucapan kepada paduka ayahanda Sultan Ibrahim. - Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail merafak sembah merakamkan ucapan dan doa bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.

“Allah peliharakan Sultan. Daulat Tuanku” titah baginda ringkas dalam ucapan kepada paduka ayahanda Sultan Ibrahim yang dimuat naik di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor.

Turut merafak sembah serta merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan doa ialah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijah 1447.

“Sembah takzim daripada patik dan seluruh Bangsa Johor. Allah Peliharakan Sultan, Allah Berkati Johor,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

--BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement