Skip to main content

Malaysia

Ops Khas Aidiladha: JPJ Negeri Sembilan keluar 3,062 notis kesalahan jalan raya

JPJ Negeri Sembilan
Keseluruhannya sebanyak 14,150 kenderaan diperiksa dengan 1,673 kenderaan diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Foto FB JPJ Negeri Sembilan

SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengeluarkan sebanyak 3,062 notis atas pelbagai kesalahan jalan raya menerusi Operasi Khas Hari Raya Aidiladha bermula 24 Mei hingga semalam.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan Jasyindar Singh Sihdu berkata keseluruhannya sebanyak 14,150 kenderaan diperiksa dengan 1,673 kenderaan diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau berkata kategori kesalahan utama mencatatkan bilangan tertinggi dengan 1,055 kes diikuti pelesenan kenderaan (686), lain-lain kesalahan (562), teknikal (406), pelesenan pemandu (317) dan barangan (36).

"Dalam operasi tersebut sebanyak 73 kenderaan disita atas pelbagai kesalahan, iaitu 71 disita di bawah APJ 1987 dan dua lagi di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. 

"Sebanyak 77 notis saman dikeluarkan kepada pemandu bas yang melanggar peraturan manakala 29 notis saman dikeluarkan kepada penumpang yang gagal mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang tempat duduk belakang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata JPJ negeri akan terus memperkukuh usaha penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara. 

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement