Skip to main content

Malaysia

Malaysia, Thailand percepat penyelesaian isu perikanan

PUTRAJAYA, July 9 -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim (right) with his Thai counterpart, Anutin Charnvirakul, during a courtesy call in conjunction with the latter’s two-day official visit to Malaysia at the Perdana Putra Building today.  -- fotoBERNAMA
Anwar (kanan) berkata persetujuan itu dicapai dalam pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Anutin Charnvirakul (kiri). -Foto Bernama

PUTRAJAYA: Malaysia dan Thailand bersetuju mempercepat penyelesaian isu perikanan yang masih tertangguh di antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, persetujuan itu dicapai dalam pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Anutin Charnvirakul, di Kompleks Seri Perdana, di sini, pada Khamis.

"Kami menyelesaikan isu tertunggak berkaitan perikanan dengan komitmen kedua-dua menteri.

"Mereka (sebelum ini) mahu memorandum itu diteruskan dan berkuat kuasa dalam tempoh satu setengah bulan. (Tetapi) kami bersetuju ia perlu dikuatkuasakan dalam tempoh seminggu," katanya pada sidang media bersama Anutin di Kompleks Seri Perdana.

Pada 16 Mei lalu, Malaysia memperketat kawalan import produk perikanan dari Thailand menerusi penguatkuasaan keperluan Sijil Analisis (CoA) bagi ikan siakap serta sekatan sementara terhadap lima spesies udang bermula 1 Jun.

Sekatan sementara itu membabitkan spesies Penaeus esculentus (udang harimau coklat), Fenneropenaeus merguiensis (udang kaki merah/putih), Penaeus vannamei (udang putih lutz), Penaeus monodon (udang harimau) dan Penaeus stylirostris (udang biru).

 

Must Watch Video

Advertisement