Skip to main content

Malaysia

Malaysia di ambang gelombang ketiga COVID-19: Kawalan sempadan Sabah diperketat - KDN

41601634055_Hamzah.jpg
KUALA LUMPUR:Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperketatkan lagi kawalan sempadan di Sabah khususnya bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam usaha mengawal penularan COVID-19.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata langkah itu susulan situasi semasa penularan COVID-19 di negara ini termasuk Sabah yang mencatatkan peningkatan yang mendadak.

Katanya, beliau memandang serius perkembangan berkenaan dan telah mengarahkan semua agensi di bawah KDN supaya menggandakan usaha mengawal sempadan negara

โ€œSaya telah arahkan bilangan anggota dan operasi dalam Op Benteng ditambah sebagai langkah memastikan pencerobohan PATI yang mungkin membawa virus COVID-19 dan penyebaran dalam kalangan rakyat tempatan dikekang,โ€ katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tegasnya, KDN akan terus memantau perkembangan di beberapa lokasi yang menjadi kawasan โ€˜panasโ€™ kemasukan PATI khususnya di lorong tikus.

Setakat Jumaat, Malaysia merekodkan sebanyak 287 kes baharu COVID-19 membabitkan penularan tempatan, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Must Watch Video