Skip to main content

Malaysia

LRT Shah Alam percuma sebulan, fokus kurangkan kesesakan dan kesan karbon - PM Anwar

Anwar LRT _ASTRO AWANI
Anwar berkata projek laluan tersebut dilihat sebagai penyelesaian jangka panjang terhadap masalah kesesakan trafik yang memberi kesan kepada produktiviti, penggunaan bahan api dan alam sekitar. -Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan LRT Shah Alam Line akan mula beroperasi secara percuma selama sebulan bermula esok jam 6 pagi sebagai fasa awal pelaksanaan laluan baharu di Lembah Klang.

Langkah itu diumumkan sebagai sebahagian usaha kerajaan memperkukuh sistem pengangkutan awam, mengurangkan kesesakan jalan raya serta menurunkan pelepasan karbon di kawasan bandar.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan projek ini perlu dilihat dalam konteks pelaburan jangka panjang dan keseimbangan fiskal negara.

“Kerajaan dan negara perlu memastikan proses pelaksanaan tidak terlalu membebankan, terutama jika terdapat defisit,” kata Anwar.

Beliau turut menegaskan keperluan kerajaan membuat pelaburan secara berhemah serta mengambil kira kesan kepada seluruh sektor ekonomi dan negeri.

Menurut beliau, projek ini juga bertujuan mengurangkan kesesakan trafik yang memberi kesan kepada produktiviti, penggunaan bahan api serta alam sekitar.

Katanya, kajian menunjukkan kesesakan menyebabkan kehilangan produktiviti, peningkatan penggunaan bahan api, dan kesan kepada alam sekitar.

 

Must Watch Video

Advertisement